Saturday, March 21, 2009

Farah AF Nak Berhenti Berlakon



Oleh : Zikirullah Zolkefli (zikir@jomstar.com)
Foto : Aizzul A. Majid



Fenomena pelakon menjadi penyanyi dan penyanyi menjadi pelakon bukanlah satu perkara baru dalam industri hiburan di Malaysia.

Yang pastinya apabila acap kali ditanyakan soalan mengenai mengapa mereka menceburi sesuatu benda yang bukan dari asal permulaan mereka, maka jawapan yang akan didengari oleh peminat ialah artis berkenaan mahu melebarkan sayap dalam dunia seni.

Namun lain pula yang terjadi kepada bekas pelajar Akademi Fantasia Musim ke-2 ini yang tidak mahu lagi menjadi pelakon.

“Saya nak stoplah bang dari dunia lakonan ni,” ujar Farah ketika ditemui Jomstar.com dalam satu majlis baru-baru ini.

Katanya lagi dia mahu menumpukan sepenuh perhatiannya dalam bidang nyanyian.

“Walaupun Farah banyak terima tawaran berlakon, tetapi kesemua itu Farah terpaksa tolak sebab jadual kerja Farah dah tak mengizinkan,”

“Lagipun album terbaru Farah yang berjudul ‘Fantasia’ baru sahaja dilancarkan, nak kena buat promosi lagi, tu yang Farah rasa, Farah nak stop dari berlakon,” ujar anak kelahiran Kedah ini.

Tambah Farah, tidak lama lagi dia akan menjelajah ke seluruh tanah air bagi mempromosikan album terbarunya itu.

“Road Tour Farah yang pertama akan bermula di Kuala Lumpur,” jelas Farah kepada Jomstar.com

Pengacaraan

Selain sibuk dalam memenuhi jemputan melakukan persembahan di majlis-majlis tertentu, Farah juga sibuk dengan jadual penggambaran beberapa program televisyen.

“Farah sekarang ni tengah sibuk proses pre-production untuk musim baru ‘Rasa Halal Orient’. Jadi tunggulah, dan lihat bagaimana Farah menjelajah Kemboja merasai makanan halal yang terdapat disana,” ujarnya sambil tersenyum.

Tambah Farah lagi, pengalaman menjadi pengacara merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna baginya.

“Dunia pengacaraan ini merupakan salah satu cabang dalam dunia seni, jadi tak salah Farah hendak merasai pengalaman tersebut,”

“Cuma buat masa ini Farah tak ditawarkan untuk mengacara program Farah sendiri,” ujar Farah yang memasang impian untuk mengacara rancangan berbentuk ‘talk show’.

“Kalau ada rezeki, adalah, kalau tak ada nak buat macam mana,” kata Farah sambil ketawa.

Ditanya kecenderungan beliau dalam dunia pengacaraan, Farah tetap menegaskan sehingga hari ini dia masih fokus untuk menjadi penyanyi yang berjaya.

“Bagi Farah, bidang pengacaraan ini juga sebagai satu platform bagi Farah untuk mempromosikan diri Farah di mata peminat, dan secara tidak langsung mereka tidak menganggap Farah ni hanya pandai menyanyi sahaja,”

“Tapi priority Farah tetap dengan dunia muzik,”ujar Farah.

Farah Nak Buka Restoran

Penjelajahan Farah keseluruh dunia merasai pelbagai jenis makanan di serata dunia, telah menimbulkan minatnya untuk menceburi dunia perniagaan berasaskan penyediaan makanan.

“Farah sekarang ni tengah berbincang dengan famili Farah untuk buka sebuah kedai makanan, cuma bila dan ketika itu masih belum Farah dapat putuskan,” ujar bekas finalis AF musim ke 2 ini.

Katanya lagi konsep kedai makanan yang akan dibuka itu nanti adalah berdasarkan kehendak ibunya sendiri.

“Mak Farah pandai masak. Jadi rugilah kalau Farah dan keluarga sahaja yang merasai keenakkan air tangan mak Farah,”

“Oleh sebab itulah Farah nak buka restoran, biar semua orang rasa macam mana rasanya air tangan mak Farah bila memasak. Lepas ni baru diorang tahu sebab apa Farah makin tembam,” katanya sambil ketawa.

Teman Istimewa

Apabila ditanya Jomstar.com mengenai isu teman lelaki, pada mulanya Farah cuba lari dari menjawab soalan tersebut.

Namun setelah beberapa kali diminta dan dipujuk oleh Jomstar.com akhirnya Farah mengakui dirinya seperti sudah dimiliki.

“Farah tak nak lah cakap dia ni boyfriend Farah, sebab tak confirm lagi, cuma yang boleh Farah cakap dekat sini, kami rapat.”

“Siapa individu itu, buat masa ni Farah tak boleh nak bagi tahu. Tapi bila dah confirm, Farah tak sorokkan dari media,” ujarnya sambil ketawa.


sumber daripada jomstar.com

Thursday, March 5, 2009

Farah di Sidang Media Pengumuman Calon Pelajar AF7



Credit to Budiey.com


Selepas sidang media pengumuman nama-nama calon pelajar Akademi Fantasia musim ke-7 semalam, Budiey sempat berbual seketika dengan bintang AF musim ke-2 yang kian menyinar bakatnya. Siapa lagi kalau bukan Farah Diana Anuar yang kelihatan semakin slim dan ceria dengan senyuman.

Berkolaborasi bersama geng AF dalam lagu Seribu Impian dari Casey


Khabarnya, album terbaru Farah, FANTASIA sudah pun siap dan baru je sampai di pejabat Maestro. Tunggu untuk diedarkan dan Farah akan mengadakan promosi di seluruh Malaysia tidak lama lagi. Album edaran Warner Music dan diterbitkan oleh Maestro Records ini mengandungi 8 buah lagu yang menggabungkan karya dari komposer dan penulis lirik terkenal.

Terbaru, Farah akan ke Cambodia untuk menjalani pengambaran program Rasa Halal Orient Astro Oasis. Farah tampil dalam imej bertudung untuk mengacarakan program berbentuk travel sambil menerokai makanan halal muslim.


Kepada pembaca, jangan lupa dapatkan album Farah yang terbaru… Fantasia!


Sweet

Tidak lokek untuk menyapa Budiey… tq Farah!


Semakin slim dan mengecil ni, apa rahsianya?

Good Luck Farah!