Sunday, April 12, 2009

Album Kedua Farah : Fantasia

Photobucket
**untuk preview lagu sila tekan gambar**


Akhirnya masa yang ditunggu telah tiba. Farah kini mengeluarkan album keduanya yang bertajuk 'FANTASIA'. Antara lagu-lagu yang terkandung adalah :-

Kalimah Indera - Lagu : Edrie Hashim / Lirik : Edrie Hashim
Cinta Ini - Lagu : Aidit Alfian / Lirik : Ad Samad
Kau Bernama Cinta - Lagu : Ajai / Lirik : Abie
Tak Pernah Ada - Lagu : Alim The Times / Lirik : Bakhtiar Effendy
Cinta Lagi - Lagu : Ajai / Lirik : Ajai
Fantasia - Lagu : Aidit Alfian / Lirik : Ad Samad
Grafiti Cinta - Lagu : Alim The Times / Lirik : Loloq
Gembira Hidup Ini - Lagu : Ajai / Lirik : Abie

BELILAH YANG ORIGINAL,
HAPUSKAN CETAK ROMPAK!
SOKONGLAH INDUSTRI MUZIK TANAHAIR..

Farah & Akim : Jika Kau Tiada [ Konssert AF7 : Minggu Ke-5 ]







Wednesday, April 8, 2009

Farah dalam Diari AF7

Seperti yang semua maklum, untuk minggu Ke-5 seorang pelajar AF7 iaitu Akim akan berduet dengan penyanyi kesayangan kite iaitu Farah dengan membawakan lagu Jika Kau Tiada. So, kepada semua jangan lupa saksikan Farah dan Akim berentap ye. Sokonglah mereka, doakan semoga mereka akan membuat persembahan yang mantap. Amin..

Disini saya kongsikan bersama video yang direkod sewaktu Farah masuk dalam Akademi.

[i] Tayangan pada 08.04.2009[/i]


[i] Tayangan pada 09.04.2009[/i]

Saturday, March 21, 2009

Farah AF Nak Berhenti Berlakon



Oleh : Zikirullah Zolkefli (zikir@jomstar.com)
Foto : Aizzul A. Majid



Fenomena pelakon menjadi penyanyi dan penyanyi menjadi pelakon bukanlah satu perkara baru dalam industri hiburan di Malaysia.

Yang pastinya apabila acap kali ditanyakan soalan mengenai mengapa mereka menceburi sesuatu benda yang bukan dari asal permulaan mereka, maka jawapan yang akan didengari oleh peminat ialah artis berkenaan mahu melebarkan sayap dalam dunia seni.

Namun lain pula yang terjadi kepada bekas pelajar Akademi Fantasia Musim ke-2 ini yang tidak mahu lagi menjadi pelakon.

“Saya nak stoplah bang dari dunia lakonan ni,” ujar Farah ketika ditemui Jomstar.com dalam satu majlis baru-baru ini.

Katanya lagi dia mahu menumpukan sepenuh perhatiannya dalam bidang nyanyian.

“Walaupun Farah banyak terima tawaran berlakon, tetapi kesemua itu Farah terpaksa tolak sebab jadual kerja Farah dah tak mengizinkan,”

“Lagipun album terbaru Farah yang berjudul ‘Fantasia’ baru sahaja dilancarkan, nak kena buat promosi lagi, tu yang Farah rasa, Farah nak stop dari berlakon,” ujar anak kelahiran Kedah ini.

Tambah Farah, tidak lama lagi dia akan menjelajah ke seluruh tanah air bagi mempromosikan album terbarunya itu.

“Road Tour Farah yang pertama akan bermula di Kuala Lumpur,” jelas Farah kepada Jomstar.com

Pengacaraan

Selain sibuk dalam memenuhi jemputan melakukan persembahan di majlis-majlis tertentu, Farah juga sibuk dengan jadual penggambaran beberapa program televisyen.

“Farah sekarang ni tengah sibuk proses pre-production untuk musim baru ‘Rasa Halal Orient’. Jadi tunggulah, dan lihat bagaimana Farah menjelajah Kemboja merasai makanan halal yang terdapat disana,” ujarnya sambil tersenyum.

Tambah Farah lagi, pengalaman menjadi pengacara merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna baginya.

“Dunia pengacaraan ini merupakan salah satu cabang dalam dunia seni, jadi tak salah Farah hendak merasai pengalaman tersebut,”

“Cuma buat masa ini Farah tak ditawarkan untuk mengacara program Farah sendiri,” ujar Farah yang memasang impian untuk mengacara rancangan berbentuk ‘talk show’.

“Kalau ada rezeki, adalah, kalau tak ada nak buat macam mana,” kata Farah sambil ketawa.

Ditanya kecenderungan beliau dalam dunia pengacaraan, Farah tetap menegaskan sehingga hari ini dia masih fokus untuk menjadi penyanyi yang berjaya.

“Bagi Farah, bidang pengacaraan ini juga sebagai satu platform bagi Farah untuk mempromosikan diri Farah di mata peminat, dan secara tidak langsung mereka tidak menganggap Farah ni hanya pandai menyanyi sahaja,”

“Tapi priority Farah tetap dengan dunia muzik,”ujar Farah.

Farah Nak Buka Restoran

Penjelajahan Farah keseluruh dunia merasai pelbagai jenis makanan di serata dunia, telah menimbulkan minatnya untuk menceburi dunia perniagaan berasaskan penyediaan makanan.

“Farah sekarang ni tengah berbincang dengan famili Farah untuk buka sebuah kedai makanan, cuma bila dan ketika itu masih belum Farah dapat putuskan,” ujar bekas finalis AF musim ke 2 ini.

Katanya lagi konsep kedai makanan yang akan dibuka itu nanti adalah berdasarkan kehendak ibunya sendiri.

“Mak Farah pandai masak. Jadi rugilah kalau Farah dan keluarga sahaja yang merasai keenakkan air tangan mak Farah,”

“Oleh sebab itulah Farah nak buka restoran, biar semua orang rasa macam mana rasanya air tangan mak Farah bila memasak. Lepas ni baru diorang tahu sebab apa Farah makin tembam,” katanya sambil ketawa.

Teman Istimewa

Apabila ditanya Jomstar.com mengenai isu teman lelaki, pada mulanya Farah cuba lari dari menjawab soalan tersebut.

Namun setelah beberapa kali diminta dan dipujuk oleh Jomstar.com akhirnya Farah mengakui dirinya seperti sudah dimiliki.

“Farah tak nak lah cakap dia ni boyfriend Farah, sebab tak confirm lagi, cuma yang boleh Farah cakap dekat sini, kami rapat.”

“Siapa individu itu, buat masa ni Farah tak boleh nak bagi tahu. Tapi bila dah confirm, Farah tak sorokkan dari media,” ujarnya sambil ketawa.


sumber daripada jomstar.com

Thursday, March 5, 2009

Farah di Sidang Media Pengumuman Calon Pelajar AF7



Credit to Budiey.com


Selepas sidang media pengumuman nama-nama calon pelajar Akademi Fantasia musim ke-7 semalam, Budiey sempat berbual seketika dengan bintang AF musim ke-2 yang kian menyinar bakatnya. Siapa lagi kalau bukan Farah Diana Anuar yang kelihatan semakin slim dan ceria dengan senyuman.

Berkolaborasi bersama geng AF dalam lagu Seribu Impian dari Casey


Khabarnya, album terbaru Farah, FANTASIA sudah pun siap dan baru je sampai di pejabat Maestro. Tunggu untuk diedarkan dan Farah akan mengadakan promosi di seluruh Malaysia tidak lama lagi. Album edaran Warner Music dan diterbitkan oleh Maestro Records ini mengandungi 8 buah lagu yang menggabungkan karya dari komposer dan penulis lirik terkenal.

Terbaru, Farah akan ke Cambodia untuk menjalani pengambaran program Rasa Halal Orient Astro Oasis. Farah tampil dalam imej bertudung untuk mengacarakan program berbentuk travel sambil menerokai makanan halal muslim.


Kepada pembaca, jangan lupa dapatkan album Farah yang terbaru… Fantasia!


Sweet

Tidak lokek untuk menyapa Budiey… tq Farah!


Semakin slim dan mengecil ni, apa rahsianya?

Good Luck Farah!

Wednesday, February 18, 2009

Tuah Syahirah ( Majalah Klik 15 Feb 2009 )

Click gambar untuk lihat lebih besar

credit Nours

Friday, January 30, 2009

Sepi Tanpa Publisiti ( Kosmo 30hb Jan 2009 )



Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


"Bila saya diam tidak ada cerita atau gosip, orang kata saya tidak laku, hilang dan bermacam lagi, sedangkan saya ada, masih sibuk ke hulu-hilir penuhi undangan nyanyian"FARAH


AURA penyanyi Farah Diana Anuar atau mesra disapa Farah semakin lama semakin tenggelam dek kemunculan ramai bakat baru.

Malah, dirinya yang sepi daripada sebarang publisiti juga antara punca dunia hiburan terlupa tentang kewujudan gadis yang satu ini.

Tidak berkecil hati, apatah lagi merajuk saat dikatakan dirinya tidak laku, Farah hanya mengangguk, mengiyakan dirinya yang sepi publisiti.

"Saya sedar kurangnya publisiti tetapi bukan tidak laku. Saya masih lagi sibuk dengan aktiviti seni. Setiap hari pun bekerja, mungkin tidak ada gosip dan sebab itu orang ingat saya hilang," katanya ramah dalam ketawa.

Hari ini dia bukan saja bergelar seorang penyanyi tetapi juga pelakon, pengacara dan duta produk. Bak kata orang, rezekinya masih 'lebat'.

Terlibat sebagai pengacara program berunsur Islamik dalam program Rasa Halal Orient di Astro Oasis, pelakon utama drama rantaian Akademi, telemovie Popular dan duta produk Syahirah, Intimate serta Power Root menjadi bukti dirinya masih laku.

"Masih ada lagi tawaran untuk saya, kebanyakan persembahan nyanyian untuk majlis peribadi dan makan malam, itu yang menyebabkan saya kurang muncul dalam akhbar dan majalah.

"Kalau ada pun seperti hari ini pelancaran produk baru Syahirah, kalau tidak, semua aktiviti seni saya tidak melibatkan liputan wartawan, itu yang macam hilang sekejap,"
katanya.

FARAH tampil ceria di majlis pelancaran produk terbaru Syahirah.

Tambahnya lagi, dia bukan melarikan diri atau bersembunyi, tetapi kerana tidak ada cerita baru tentang dirinya untuk dikongsi bersama peminat, dan pada fikirannya lebih baik berdiam diri.

"Bila saya diam tidak ada cerita atau gosip, orang kata saya tidak laku, hilang dan bermacam lagi, sedangkan saya ada, masih sibuk ke hulu-hilir penuhi undangan nyanyian," tuturnya.

Jiwa baru Farah!

Meskipun dikenali sebagai penyanyi, Farah mengakui dia kini semakin jatuh cinta dengan dunia lakonan dan pengacaraan, malah, tidak teragak-agak untuk mengembangkan lagi bakat yang ada dalam diri.

"Saya jenis tidak memilih kerja, lakonan dan pengacaraan salah satu kerja seni juga, jadi saya tidak kisah. Asalkan ia rezeki halal yang mampu dilaksanakan, saya akan ambil.

"Sebenarnya lakonan dan pengacaraan, pada mulanya hanya suka-suka saja. Tetapi bila tengok peminat suka dan rating program pun semakin meningkat, saya pun semakin seriuslah," ulasnya.


MAJLIS ulang tahun yang manis bersama peminat-peminat.

Bagaimanapun tegas anak ketiga daripada enam beradik ini, kerjaya nyanyian tetap diutamakan sementelah, dunia nyanyian menjadi cinta nombor satu.

Tegas Farah yang telah menginjak ke usia 24 tahun tanggal 25 Januari lalu, menyifatkan tahun 2009 tahun yang amat penting buat dirinya.

Ini kerana, penantiannya selama tiga tahun telah berakhir apabila album keduanya berjudul Fantasia telah pun berada di pasaran.

"Ini kira hadiah terbesar buat saya kepada peminat sebab sudah tiga tahun selepas album Antara Dua. Saya sudah bersedia dan akan kembali menarik perhatian peminat yang sudah lupa pada saya.

"Semahunya, saya akan menerjah ke seluruh pelosok negeri untuk mempromosikan album terbaru ini sebaik mungkin, lagipun sudah terlalu lama tidak berjumpa peminat, itu azam saya sempena hari lahir ke-24,"
katanya jujur.

Jelasnya, album kedua yang mengandungi lapan buah lagu ini memakan masa yang terlalu lama kerana pihak Maestro ingin yang terbaik, memandangkan pasaran album tempatan masih lembap.

"Selain sibuk dengan aktiviti lain, album ini lambat kerana pihak Maestro lebih fokus, jika tidak puas hati, kami akan rakam balik setiap lagu, itu yang lambat.

"Apa pun, saya berpuas hati dengan hasilnya kerana saya suka kesemua lagu dalam album yang boleh dikatakan lebih menepati selera saya dan diberi pula peluang untuk mencorakkan sendiri album ini,"
bicaranya lagi.

Sungguhpun begitu, konsep albumnya masih sama iaitu pop, dan melihat kepada senarai nama komposer yang terlibat seperti Aidit Alfian, Ajai, Edrie Hashim dan Alem (The Times) ada harapan untuk album keduanya ini meraih perhatian khalayak.

"Saya diberi peluang oleh Maestro untuk memilih komposer yang diingini dan pertama kali bekerja dengan mereka semua saya rasa seronok, kerana semuanya memiliki nama besar dalam industri.

"Memang berlainan untuk album kedua ini. Album pertama, saya lebih banyak mengikut saja kata orang kerana tiada pengalaman, jadi untuk album baru saya bebas sedikit,"
luahnya yang mengharapkan kejayaan untuk album baru.


sumber daripada kosmo