Friday, September 12, 2008

Farah masuk studio sepanjang Ramadan


Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

Bagi bakat seni yang dicungkil daripada program realiti Akademi Fantasia musim kedua, Farah atau nama sebenarnya Farah Diana Anuar, 23, walaupun sibuk memenuhi undangan majlis berbuka selain mengadakan persembahan dia turut memanfaatkan peluang Ramadan meluangkan masa di studio.

Sejak beberapa hari lalu saya mula masuk studio. Walaupun kebanyakan lagu untuk album kedua sudah hampir siap dan sudah dirakamkan sebelum ini namun pihak pengurusan (Maestro) dan penerbit masih belum berpuas hati dengan beberapa aspek seperti bunyi dan susunan bagi lagu berkenaan.

Jika ikutkan semua lapan lagu untuk album sudah hampir siap. Namun saya tidak mahu terburu-buru dalam soal ini dan mahu memastikan mendapat keputusan terbaik untuk album kedua nanti. Jika tiada aral album ini dijangka berada di pasaran penghujung tahun ini,” katanya.

Farah yang popular menerusi lagu Antara Dua memilih konsep free pop untuk album kedua turut mendapat sentuhan komposer terkenal seperti Ajai, Aidit Alfian, Alim The Times dan Edry Hashim.

Anak jati Kuala Lumpur mengakui mendapat kepuasan selepas merakamkan semua lagu untuk album kedua berkenaan namun belum merancang mempertaruhkan single di stesen radio tempatan.

Saya seronok dan puas selepas merakamkan semua lagu. Sebelum ini, saya juga pernah menyanyikan beberapa lagu baru berkenaan ketika persembahan seperti Fantasia, Cinta ini selain Tak Pernah Ada ciptaan Alim serta Kau Bernama Cinta ciptaan Ajai pada saingan separuh akhir pertandingan Ikon Malaysia pada tahun lalu.

Setakat ini, saya belum merancang untuk mempertaruhkan mana-mana lagu single pertama. Apa yang lebih penting saya berharap album ini dapat disiapkan. Walaupun mengambil masa agak lama untuk album kedua namun apa lebih penting kualiti album itu sendiri,” katanya.

Sepanjang Ramadan, Farah turut terbabit dengan program Marhaban Astro yang berlangsung di Pulau Pinang Sabtu ini diikuti Klang pada minggu berikutnya.

Mengulas sambutan Syawal kali ini, Farah dijangka bercuti selama seminggu serta meraikannya bersama keluarga di Guar Cempedak dan Sungai Petani, Kedah.

Tambahnya jika tiada aral dia dijangka terbabit dalam penggambaran program Citarasa Halal Orient di Hong Kong selama dua minggu selepas Syawal.

sumber daripada hmetro.com.my

Camp Rock on Astro View


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket